Penyelenggaraan Menara Telekomunikasi

_______________

Unit penyelenggaraan Ascii Line Sdn Bhd menjalankan kerja-kerja menyelenggara tapak struktur telekomunikasi milik Infra Quest Sdn Bhd yang terdiri daripada struktur menara 3-legged, menara 4-legged, monopole, lampole dan RDS. Di antara skop yang terlibat dalam kerja-kerja penyelenggaraan adalah membuat pemeriksaan fizikal dan pembaikian ke atas tapak struktur tersebut. Untuk memastikan tapak menara berada di dalam keadaan baik dan selamat, kerja-kerja pembersihan dilakukan secara berkala. Kerja-kerja pembaikian elektrikal juga turut dilakukan untuk memastikan tapak struktur sentiasa berada di dalam keadaan yang memuaskan. Penyelenggaraan secara preventive akan dilakukan untuk mencegah tapak menara dari mengalami kerosakan. Unit penyelenggaraan perlu sentiasa bersedia untuk bertindak menghadapi sebarang kemungkinan dan keadaan yang tidak dijangka.

AKTIVITI2
AKTIVITI5