MENGENAI KAMI

Mengenai Kami

__________

             Ascii Line Sdn Bhd (ALSB) adalah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dalam Kumpulan Syarikat Anak PKINK. Dahulunya dikenali dengan nama Pekoma System Sdn Bhd semasa ditubuhkan pada 12 Jun 1986 sehingga ditukar nama kepada ALSB  pada 26 Nov 1996. 

Kepentingan ALSB dikuasai oleh Permodalan Kelantan Bhd dari 08 Feb 1993 sehinggalah diambil alih oleh PKINK pada 01 Jun 2019 sehingga kini. 

Fokus utama syarikat adalah dalam bidang pembinaan dan penyelenggaraan struktur telekomunikasi milik Infra Quest Sdn Bhd (IQSB) yang juga merupakan syarikat anak dalam Kumpulan Syarikat Anak PKINK.

Sebelum pembinaan sesebuah struktur telekomunikasi dijalankan, ALSB pada dasarnya bertanggungjawab untuk mereka bentuk dan mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang bagi memastikan bahawa semua struktur telekomunikasi milik IQSB yang dibina di seluruh negeri Kelantan mematuhi garis panduan dan Akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) dan garis panduan Kerajaan Negeri.

Sehingga kini , ALSB telah berjaya mereka bentuk dan membina lebih kurang 346 struktur telekomunikasi  berbentuk Menara, Monopole, Lampole dan Rapid Deployment Structure (RDS) milik IQSB di seluruh Negeri Kelantan termasuk menyelenggara 321 tapak struktur telekomunikasi. 

Butiran perniagaan 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menegaskan pembinaan menara telekomunikasi berdekatan kawasan perumahan tidak membawa risiko kesihatan kepada masyarakat termasuk golongan warga emas dan kanak-kanak.
SKMM dalam satu kenyataan pada Rabu menjelaskan, ini kerana pembinaan atau penempatan menara telekomunikasi dibuat mengikut garis panduan yang ditetapkan termasuk jarak antara menara telekomunikasi dan kawasan perumahan.